You are here: Home Category Table MySPATA

Pejabat Pelajaran Daerah Port Dickson

MySPATA

Email Print PDF

 Pengisian Maklumat DAFTAR ASET KHUSUS(DAK) Di dalam Sistem MySPATA(Sistem Pengurusan Aset Tak Alih).

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia,

Semua Pengetua dan Guru Besar(bagi sekolah yang terlibat sahaja),

Untuk makluman pengisian maklumat DAK setiap sekolah masih perlu dilaksanakan dan banyak maklumat perlu diperbaiki. Sila arahkan wakil sekolah yang telah dilantik sebagai PENGGUNA SISTEM MySPATA  sekolah supaya mengemaskini maklumat berkaitan Blok, Aras, Ruang dan Binaan Luar. Terutamanya berkaitan Ukuran bagi Ruang dan Binaan Luar.

Tarikh Akhir untuk menyiapkan pengisian semua maklumat ialah 31 Disember 2012.


Semua maklumat berkaitan perlu disikan di dalam borang-borang yang telah diberikan dan disahkan oleh Pengetua atau Guru Besar. Sila sediakan satu fail untuk borang tersebut dan disimpan di pejabat sekolah. Pihak PPD akan membuat pemantauan  di sekolah tuan bermula 22 Oktober 2012 - 31 Disember 2012.

 Sila berhubung dengan Pn Hairiyanti bt Moin (Pen PPD(Pembangunan)) untuk maklumat lanjut atau untuk bantuan sistem.

Kerjasama dan keperihatinan pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih.


Peringatan kepada PENGGUNA SISTEM: Jangan hantar untuk pengesahan di dalam sistem selagi maklumat ukuran belum diisikan bagi setiap blok, ruang dan binaan luar.

Oleh : Unit Pembangunan PPD Port Dickson

Last Updated ( Wednesday, 19 September 2012 07:42 )  

Add comment


Security code
Refresh

Sesuai dipapar pada resolusi 1024 x 768 dan keatas, pelayar IE8, Mozilla Firefox, Safari, Opera